suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Exco Tidak Muncul Debat Terowong Dasar Laut

GEORGE TOWN: Debat mengenai projek terowong dasar laut yang dijadual pada Sabtu akhirnya dibatalkan selepas exco kerajaan negeri, Lim Hock Seng tidak hadir.

Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Jason Loo yang mencadangkan perbahasan itu menyifatkan Lim sebagai 'pengecut' dan seolah-olah dia mempunyai sesuatu yang hendak disembunyikan.

"Ini adalah satu platform untuk berbahas secara membina dan bukan untuk serangan peribadi," katanya.

Debat itu sepatutnya bermula pada pukul 11 pagi.

Bagaimanapun selepas setengah jam menunggu, debat itu dibatalkan oleh Loo.

Loo menjawab beberapa soalan daripada orang ramai dan acara itu berakhir pada tengah hari.

Pada 7 Jun, Loo menyerahkan jemputan rasmi kepada Lim untuk berdebat secara terbuka bagi mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang terutamanya projek terowong dasar laut.

Walau bagaimanapun, Lim dilaporkan enggan menyahut cabaran itu kerana beliau mendakwa semua soalan yang dibangkitkan telah dijawab dan tidak ada keperluan untuk berdebat.

Artikel Lain