suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga AnCasa Rai Anak Yatim Rumah Penyayang Darul Ilmi

KUALA LUMPUR: Bagi menambah keberkatan Ramadan, pihak pengurusan AnCasa Hotel & Resorts di sini meraikan 40 anak yatim Rumah Penyayang Darul Ilmi, Gombak dekat sini.

Pada majlis iftar itu juga, sumbangan duit raya disampaikan kepada kanak-kanak berkenaan.

Selain itu, 500 bungkus makanan percuma turut diedarkan kepada penduduk di sekitar Pudu Sentral dan Petaling Street di sini.

Ketua Hospitaliti hotel berkenaan, Shah Azam Khan berkata, majlis ini adalah amalan bagi mengeratkan hubungan dengan masyarakat tanpa mengira latar belakang dan kedudukan.

"Ramadan ini tidak sepatutnya dibiarkan berlalu tanpa kesan signifikasi dalam kehidupan setiap umat Islam.

"Sehubungan itu, program amal diadakan bagi meraikan anak-anak yatim bagi merapatkan jalinan ukhwah sekaligus dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang bangsa," katanya.

Pada masa sama, pihak pengurusan hotel AnCasa turut mengambil inisiatif meneruskan tradisinya mengadakan gotong-royong dalam menyediakan bubur lambuk di anjung hotel berkenaan.

Artikel Lain