suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mohd Nizam Ditembak Kerana Memotong Motosikal Suspek

Mohd Nizam Ahmad Basrah.

HATYAI: Pembunuhan rakyat Malaysia, Mohd Nizam Ahmad Basrah pada awal pagi 16 Mei lepas di Hatyai dipercayai berpunca dari perasaan tidak puashati suspek terhadap cara tunggangan motosikal mangsa pada hari kejadian.

Perkara itu didedahkan oleh Penolong Ketua Polis Songkhla Kol Chaiwat Nittayavitmol yang berkata, suspek Warawut Muangmin, 25, tidak berpuas hati dengan cara tunggangan motosikal Mohd Nizam lalu bertindak menembaknya.

"Motif suspek menembak mangsa adalah kerana motosikal mangsa secara tiba-tiba memotong motosikal ditunggangnya bersama rakan, yang menyebabkannya rasa terkejut dan marah dengan kejadian itu telah bertindak melepaskan tembakan terhadap mangsa," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Katanya, Warawut berasal dari Hatyai merupakan penjual alat binaan ditahan dalam sebuah van disewanya di Jalan Tak-Lampan ketika cuba melarikan diri daripada buruan pihak polis.

Pada 16 Mei lepas, Mohd Nizam yang berasal daripada Pulau Pinang ditembak mati ketika sedang menunggang motosikal seorang diri ke sebuah hotel di Hatyai kira-kira 3.30 pagi.

Sejurus selepas ditahan, Warawut menurut Chaiwat telah dibawa ke Haytai untuk soal siasat.

Beliau berkata, dalam proses siasatan polis telah bertindak menemu bual beberapa saksi serta melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum dapat menahan Warawut.

Chaiwat juga berkata, pihak polis sedang memburu rakan Warawut yang menunggang motosikal bersamanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain