suria

Pos Malaysia Tawar Kadar Kiriman Kad Raya 50 Sen

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad menawarkan kadar penghantaran istimewa untuk setiap kad ucapan Aidilfitri tidak melebihi 50 gram ke seluruh negara pada harga 50 sen.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, promosi bermula 13 hingga 30 Jun itu dibuat bagi mengekalkan tradisi dahulu.

“Kad yang ditulis mempunyai nilai kenangan tersendiri, terutama pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.

“Bagi menulis serta menerima sekeping kad itu amatlah bermakna kerana ianya lebih kepada sentuhan peribadi dan berbentuk nostalgia.

Pelanggan juga digalakkan untuk mengirim kad Hari Raya tersebut dengan lebih awal bagi memastikan kad yang dihantar sampai sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Selain itu, Pos Malaysia juga menasihatkan supaya menulis nama, alamat serta apa jua maklumat penerima dengan jelas dan tepat bagi memudahkan pemprosesan.







Pos Malaysia, Aidilfitri, kad ucapan

Artikel Lain