suria

BR1M Diawalkan Sempena Aidilfitri

PUTRAJAYA: Pembayaran peringkat ketiga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 diawalkan mulai 15 Jun sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 6 Julai.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam kenyataan berkata kerajaan berharap pemberian BR1M itu dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Aidilfitri nanti.

Beliau berkata pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima.

Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran, katanya.

Katanya sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau e-mel kepada [email protected].

Dalam pengumuman Bajet 2016, kerajaan memutuskan pemberian BR1M pada tahun ini diagihkan kepada empat peringkat dengan bayaran kali pertama telah diagihkan pada 28 Januari dan kali kedua pada 28 April.

BR1M, Aidilfitri

Artikel Lain