suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Masih Terlalu Awal Lantik Pemangku MB Kedah

Bakar Din.

GEORGE TOWN: Masih terlalu awal untuk melantik pemangku Menteri Besar Kedah, kata Setiausaha Kerajaan Negeri itu, Datuk Bakar Din.

"Kami belum membuat keputusan kerana masih terlalu awal untuk berbuat demikian," katanya selepas melawat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Hospital Pulau Pinang yang menjalani pembedahan usus.

Beliau berkata pentadbiran di negeri itu akan berjalan seperti biasa.

"Apa yang diperlukan Menteri Besar sekarang adalah rehat yang banyak," kata Bakar.

Ahmad Bashah, 66, menjalani pembedahan di bahagian usus selama lima jam di hospital itu pada Isnin.

Pada Sabtu lalu, beliau dikejarkan ke Pusat Perubatan Kedah (KMC) selepas pitam ketika memberi penerangan kepada ahli Umno Kedah yang akan membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar di Mergong kira-kira pukul 7 malam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain