suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerani Didakwa Memiliki Buku, Dokumen Berkaitan Pengganas

LUMUT: Seorang kerani syarikat swasta dihadapkan di Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini Rabu atas pertuduhan memiliki buku dan dokumen yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Rafidah Juma'at, 26, yang kelihatan tenang selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Shaqira Ibrahim.

Rafidah didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung, pada 24 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak terhadap mana-mana bahan penerbitan tersebut, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 28 Julai depan bagi sebutan semula kes untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Hashim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

kerani, kumpulan pengganas

Artikel Lain