suria

Ahli Keluarga Sahkan Empat Mangsa Culik Dibebaskan

SIBU: Seorang ahli keluarga dua mangsa tebusan yang diculik kumpulan Abu Sayyaf mengesahkan empat rakyat Sarawak itu telah dibebaskan dan dalam perjalanan ke Sabah.

"Saya dimaklumkan bahawa semua mangsa berada dalam keadaan sihat. Ahli keluarga mereka kini berada di Sandakan untuk menyambut kepulangan mereka," katanya.

Terdahulu, pasangan adik-beradik Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chii, 29, sepupu mereka, Johnny Lau Jung Hien,21 dan Wong Hung Sing, 34, dibebaskan kumpulan Abu Sayyaf pada lewat malam Selasa.

Mereka diculik dari sebuah kapal 'Masfive 6' yang dalam perjalanan pulang ke Malaysia setelah selesai membawa kayu balak ke Manila pada 1 April lalu.

Kumpulan Abu Sayyaf itu menuntut wang tebusan sebanyak RM18 juta untuk membebaskan semua mangsa culik.
kes culik, Pulau Ligitan, Abu Sayyaf

Artikel Lain