suria

MCA Cabar DAP Kemuka Pendirian Lebih Kukuh Bantah RUU Hadi

Chai Kim Sen.

PETALING JAYA: MCA mencabar DAP untuk membuat pendirian yang lebih kukuh bagi membantah Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sambil menegaskan bahawa MCA bertegas membantah Rang Undang-undang syariah, Pengerusi Biro Publisiti parti, Datuk Chai Kim Sen berkata, DAP hanya mendedahkan kesalahan sendiri dengan mengkritik tindakan MCA.

Beliau berkata, sejak penubuhan parti itu, MCA mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan sistem demokrasi berperlembagaan.

Kim Sen yang juga Timbalan Setiausaha Organisasi Kebangsaan MCA berkata, parti kekal dengan membantah pelaksanaan undang-undang hudud PAS.

"Kontranya, sikap DAP terhadap hudud telah kabur, berubah-ubah dan manipulasi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

"DAP mendedahkan kelemahannya apabila ia sentiasa menyerang MCA dalam isu enakmen hudud dan tidak pernah dilihat pada kekurangannya.

"Ia telah bekerjasama rapat dengan PAS sejak 1990-an, menggalakkan orang Cina dan bukan Melayu untuk mengundi PAS.

"DAP juga telah berpura-pura enggan untuk bekerjasama dengan PAS, sambil mengatakan bahawa ia cuma menggunakan lambang PAS untuk bertanding dalam pilihan raya di seluruh negara, yang sekali gus menunjukkan kuasa PAS.

"Sehingga hari ini, DAP tidak memutuskan hubungan dengan PAS, dan masih kekal dalam Pakatan Harapan yang membentuk kerajaan negeri Selangor, dan setia dengan pro-hudud Amanah," katanya.

"Kedua-dua pihak terus bekerjasama di Pulau Pinang dan Selangor. Adakah DAP fikir pengundi tidak boleh melihat apakah yang sebenarnya berlaku?" katanya.

RUU Persendirian yang bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 itu akan dibawa ke sesi Dewan Rakyat akan datang untuk dibahaskan.



MCA, DAP, PAS, RUU, Chai Kim Sen

Artikel Lain