suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PRK Kuala Kangsar: Polis Rekod Keterangan Paraglider

KUALA KANGSAR: Dua pengendali paraglider yang diburu polis bertindak menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar pada malam Isnin.

Jurucakap polis bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, dua lelaki berusia 30-an itu menyerah diri bersama peralatan paraglider masing-masing.

"Kedua-dua lelaki itu dicari selepas menerbangkan paraglider di ruang udara Dewan Jubli Perak ketika proses penamaan calon dilakukan.

"Polis telah mengambil keterangan kedua-dua mereka sebelum dilepaskan dengan jaminan polis sementara siasatan dilakukan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambahnya, siasatan terhadap tindakan paraglider itu masih diteruskan.

Artikel Lain