suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PRK Kuala Kangsar: Polis Belum Terima Permohonan Ceramah

KUALA KANGSAR: Polis mengesahkan belum menerima sebarang permohonan untuk mengadakan ceramah daripada parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar sehingga Isnin petang.

Jurucakap Polis bagi PRK Kuala Kangsar, Assisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, suasana PRK tersebut tenang ketika ini tanpa sebarang permohonan untuk mengadakan ceramah daripada kumpulan yang bertanding.

Berikutan itu, beliau menasihatkan supaya calon yang bertanding atau ejen untuk membuat permohonan jika ingin mengadakan ceramah.

"Bagi memastikan suasana pilihan raya berjalan lancar, sebarang penganjuran aktiviti perlulah mengikut arahan polis.

"Penganjur, penceramah dan peserta hanya boleh berhimpun atau memberi ceramah di tempat dan masa yang ditetapkan," katanya pada Isnin.

Sementara itu, Shaharon Anuar memberitahu, pihaknya telah menerima satu laporan polis mengenai dua  paraglider yang berlegar-legar dan mendekati ruang lokasi penamaan calon di Dewan Jubli Perak di sini pada Ahad.

Jelasnya, siasatan awal mendapati tiada sebarang kelulusan penerbangan paraglider dikeluarkan oleh pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan turut disahkan oleh petugas Pusat Kawalan Trafik Udara.

Tambahnya, berikutan itu, polis kini sedang mengesan pihak yang menerbangkan paraglider tersebut untuk disiasat mengikut Peraturan 143 Penerbangan Awam.

Artikel Lain