suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak Tiga Tahun Cedera Kemaluan Tersepit Eskalator

Foto twitter @bombaJBPM

BAGAN SERAI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera pada bahagian kemaluan akibat tersepit di eskalator di sebuah pasar raya di sini, Isnin malam.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Nasir Wahab berkata, dalam kejadian pada pukul 8.16 malam itu, mangsa berkenaan dipercayai duduk di atas eskalator berkenaan.

Katanya, semasa kejadian kanak-kanak tersebut bersama ayahnya sedang menaiki eskalator berkenaan untuk ke bahagian permainan yang terletak di di aras tiga premis berkenaan. 

"Sepasukan lapan anggota bomba dari balai Bagan Serai bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan daripada kakitangan pasar raya berkenaan.

"Sebaik sampai, eskalator berkenaan telah diberhentikan oleh pihak pengurusan tetapi kanak-kanak itu masih duduk di tangga kerana seluarnya tersepit," katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurut, beliau operasi menyelamatkan kanak-kanak itu tamat pada pukul 8.50 malam dan mangsa dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut. - Bernama

eskalator

Artikel Lain