suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Semoga Ibadah Puasa Diterima Allah - Najib

Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berharap agar ibadah puasa umat Islam sepanjang Ramadan tahun ini diterima Allah SWT.

"Alhamdulillah, hari pertama kita berpuasa tahun ini. Moga ibadah puasa kita sepanjang Ramadan ini diterima Allah SWT, Insya-Allah," kata perdana menteri di laman Twitter dan Facebooknya pada Isnin malam.

Dalam status dan tweetnya itu, Najib juga memasukkan kelebihan berpuasa Ramadan dengan memetik hadith berbunyi: 

"Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadan atas dasar iman dan mengharap pahala Allah SWT, nescaya diampuni dosanya yang telah lalu. - Sabda Rasulullah SAW dalam Hadith Riwayat Bukhari."

Umat Islam di Malaysia menjalani ibadah puasa sempena 1 Ramadan pada Isnin. - Bernama

Artikel Lain