suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keluarga Rohingya Di Selayang Baru Terima Sumbangan Ramadan

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 keluarga pelarian Rohingya  yang menetap di Selayang Baru di sini menerima bantuan Ramadan.

Bantuan disampaikan melalui program 'Ramadan Garage Giveaway' anjuran Organisasi Kemanusiaan dan Kebajikan Antarabangsa Malaysia (MyWelfare) berupa barang makanan, pakaian serta mainan kanak-kanak.

Pemangku Presiden MyWelfare, Badariah Abdul berkata sumbangan secara keseluruhan bernilai RM35,000 adalah hasil daripada kutipan orang ramai.

"Bantuan menggunakan sistem kupon. Mereka yang menerima kupon perlu datang ke Pusat MyWelfare untuk menuntut barangan yang disediakan pihak penganjur," katanya kepada pemberita pada majlis pemberian sumbangan tersebut.

Beliau berkata MyWelfare turut memberikan sumbangan kepada golongan miskin, anak yatim dan orang kelainan upaya (OKU) setiap bulan.

Artikel Lain