suria

Ramadan: Bomba Edar Risalah Keselamatan Di Dapur

PETALING JAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur akan mengedarkan risalah keselamatan dari rumah ke rumah bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai langkah yang perlu diberi perhatian ketika memasak pada bulan Ramadan.

"Lupa, leka dan lalai adalah sebab utama berlakunya kejadian tidak diingini di rumah umat Islam terutama apabila mereka bangun awal untuk bersahur," kata Pengarahnya, Khirudin Drahman.

Katanya isi rumah perlu sentiasa memantau kerja-kerja mereka ketika memasak di dapur.

"Kami menerima sehingga 24 panggilan setiap hari berhubung pelbagai kes yang terdiri daripada kebakaran dan ular. Secara purata, (kita menerima) 12 kes kebakaran setiap hari," katanya.

Bagi anggota bomba, akan berlaku perubahan kepada aktiviti-aktiviti harian mereka sepanjang bulan Ramadan.

"Semua latihan senaman yang memerlukan lebih banyak tenaga, yang biasanya dilakukan pada waktu pagi, akan dijadualkan semula pada waktu malam selepas mereka melakukan terawikh," katanya.

Anggota bomba akan menggunakan sepenuhnya masa di siang hari dengan mengadakan aktiviti dalaman seperti menghadiri kelas jika tiada sebarang kes.

Selain itu terdapat juga perubahan waktu bekerja pada bulan Ramadan.

Bomba, Risalah Keselamatan, Ramadan

Artikel Lain