suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bot Karam Di Vietnam: Empat Rakyat Malaysia Selamat

KUALA LUMPUR: Empat rakyat Malaysia yang terlibat di dalam insiden bot karam di Sungai Han, Da Nang, Vietnam pada Sabtu dilaporkan selamat.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini malam Ahad mengesahkan bahawa bot berkenaan telah karam di Sungai Han kira-kira 850km dari bandar Ho Chi Minh, kira-kira pukul 8.30 malam waktu tempatan.

"Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh melaporkan setakat ini empat mangsa rakyat (Malaysia) telah dikenal pasti dan dilaporkan selamat," katanya.

Menurut Wisma Putra, tiga daripada mangsa yang terlibat iaitu Leow Kim Hin, Pong Kee Juat dan Ding Swee Yoke telah kembali ke Malaysia, manakala seorang lagi mangsa iaitu Ong Tah Fatt masih dirawat di hospital.

Katanya Konsulat Jeneral Malaysia masih memantau situasi ini dari semasa ke semasa. - BERNAMA 

bot karam, Vietnam

Artikel Lain