suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima Buah Kereta Milik Jurujual Musnah Dalam Kebakaran

Gambar hiasan.

SUNGAI PETANI: Lima buah kereta dipercayai milik seorang jurujual musnah dalam kebakaran di sebuah rumah di Persiaran Cinta Sayang, di sini, kira-kira 5.17 petang Sabtu.   

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Mohd RadziAbdul Talib berkata, ketika kejadian, kesemua lima buah kereta itu berada di kawasan garaj di hadapan rumah berkenaan.  

"Tindakan pemadaman telah dilakukan, kereta jenis Perodua Kelisa, Proton Saga BLM dan BMW 320i terbakar 100 peratus, manakala kereta Proton Satria Neo dan Toyota Vellfire masing-masing terbakar 60 peratus dan 40 peratus. 

"Manakala sedikit bahagian garaj rumah berkenaan turut terbakar," katanya dalam satu kenyataan. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa berkata, pihaknya menolak unsur jenayah dalam kes tersebut.-Bernama

Lima Kereta terbakar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain