Calon BN Sungai Besar Diumum Hari Ini, Kuala Kangsar Esok - Semasa | mStar

Calon BN Sungai Besar Diumum Hari Ini, Kuala Kangsar Esok

PUTRAJAYA: Teka-teki mengenai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan terjawab dalam masa dua hari. 

BN dijangka mengumumkan calon bagi PRK Sungai Besar pada Jumaat di sebuah majlis yang akan diadakan di Pekan Pasir Panjang pada pukul 8 malam.

Majlis yang sama bagi memperkenalkan calon BN kepada pengundi Kuala Kangsar dijangka dibuat pada pukul 5 petang Sabtu.

Pengumuman calon BN bagi kedua-dua kerusi itu akan dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pihak BN dan Umno di Selangor mengunci mulut mengenai calon tetapi difahamkan terdapat tujuh nama disenarai pendek.

"Tunggu pengumuman esok. Kita masih menangani beberapa perkara dan terdapat banyak kerja perlu dilakukan," kata sumber dari jawatankuasa perhubungan negeri.

Kenyataan yang sama dikeluarkan oleh BN Perak.

Kekosongan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar berikutan penyandangnya bersama empat yang lain maut dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon menjadi Ahli Parlimen Sungai Besar sejak 2004 manakala Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad memenangi kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Kedua-dua PRK diadakan serentak dengan penamaan calon pada 5 Jun dan pengundian 18 Jun.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain