suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khidmat Abdul Wahid Sebagai Senator, Menteri Tamat 4 Jun

Abdul Wahid Omar

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Datuk Seri Abdul Wahid Omar sebagai Ahli Dewan Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan berakhir pada 4 Jun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata ketika menerima pelantikan itu pada 2013, Abdul Wahid berhasrat untuk hanya berkhidmat bagi satu penggal.

"Saya menerima keputusan YB Senator Datuk Seri Abdul Wahid untuk kembali ke sektor korporat sebagaimana yang dipersetujui pada tahun 2013.

"Namun begitu, YB Senator Datuk Seri Abdul Wahid akan terus kekal sebagai Ahli Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh saya pada setiap minggu," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Najib berkata keputusan itu telah dimaklumkan kepada Kabinet hari ini dan beliau turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada Abdul Wahid di atas perkhidmatan dan sumbangan beliau.

"Saya yakin dan percaya YB Senator Datuk Seri Abdul Wahid akan terus memberi sumbangan terhadap usaha-usaha pembangunan negara," katanya.

Abdul Wahid, telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal pertama pada 5 Jun 2013 dan seterusnya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada Unit Perancang Ekonomi.

Artikel Lain