suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Husam Hantar Surat Kepada Hadi Mohon Batal Pemecatan

Husam Musa.

KOTA BARU: Bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa pada Khamis menghantar surat kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon membatalkan pemecatannya sebagai anggota parti itu.

Husam, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Salor, menerima surat pemecatan itu daripada Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok pada Selasa lepas (24 Mei).

"Pemecatan itu tidak sah kerana tidak mengikut perlembagaan parti dan tidak mengikut lunas-lunas keadilan Islam," katanya kepada pemberita di sini.

Husam berkata tindakan terhadapnya itu dipercayai dibuat atas alasan beliau menjadi saksi perbicaraan dalam kes membabitkan sebuah syarikat yang menentang kerajaan negeri dan dilabel sebagai cuba mensabotaj kerajaan Kelantan.

Beliau berharap surat yang dihantar kepada presiden PAS itu dapat dipertimbangkan sebelum Muktamar Tahunan PAS ke-62 selama tiga hari bermula 1 Jun ini di Kota Baharu.

Katanya, jika pemecatan itu ditarik balik, beliau akan hadir ke muktamar berkenaan sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Kubang Kerian.

Husam berkata beliau yakin peluangnya untuk kembali ke dalam PAS adalah cerah dan akan terus melakukan kritikan sekiranya melihat ada perkara yang tidak kena dalam sistem pentadbiran kerajaan Kelantan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain