suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mohd Khalil Terima Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Melaka Esok

Mohd Khalil Yaakob.

MELAKA: Tun Mohd Khalil Yaakob akan menerima surat cara pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka untuk penggal keempat daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, pada Khamis.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata Mohd Khalil akan menerima surat cara pelantikan itu pada istiadat yang diadakan di Istana Negara.

Sehubungan itu katanya kerajaan negeri dan rakyat Melaka mengucapkan setinggi tahniah dan syabas atas pelantikan semula Tun Khalil.

"Kami rakyat Melaka akan sentiasa bersama Tun (Khalil) untuk terus memayungi dan menaungi negeri Melaka ke arah Melaka Maju Fasa Kedua.

"Saya bersama barisan exco kerajaan negeri akan ke Istana Negara pada Khamis untuk menghadiri upacara itu," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka di sini Rabu.

Idris berkata pada Jumaat ini pula akan diadakan Istiadat Angkat Sumpah Yang Dipertua Negeri Melaka di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Mohd Khalil, 78, menerima surat cara pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka Keenam pada 2 Jun 2004, dan mengangkat sumpah jawatan itu pada 4 Jun 2004. -  BERNAMA

Artikel Lain