suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rayani Air Terima Surat Tunjuk Sebab Daripada Mavcom

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) pada Rabu mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Rayani Air selepas satu penilaian kepada kedudukan dan keupayaan syarikat penerbangan patuh syariah pertama di negara itu untuk kekal sebagai pemegang Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) dilakukan.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Mavcom berkata Rayani Air perlu mengemukakan representasi secara bertulis dalam tempoh 14 hari sebelum suruhanjaya itu memutuskan sama syarikat penerbangan tersebut perlu dibenarkan untuk terus memegang ASL atau sama ada ia patut dibatalkan atau digantung.

"Perkara berkaitan dengan pengeluaran, penggantungan dan pembatalan ASL dalam skop tanggungjawab Mavcom sejak penubuhannya pada 1 Mac 2016. Dalam usaha menjalankan perniagaan syarikat penerbangan penumpang dan kargo, Rayani Air memerlukan ASL dan AOC (Sijil Pengendali Udara). Skiranya Mavcom membatalkan ASL Rayani Air, syarikat penerbangan itu tidak lagi dibenarkan menyediakan perkhidmatan pengangkutan udara komersial di Malaysia.

"Dalam pada itu, adalah dinasihatkan bahawa pengguna tidak dibenarkan membuat tempahan dengan mana-mana pesawat Rayani Air bagi memastikan perjalanan mereka tidak berdepan sebarang kesulitan. Disamping itu, Mavcom akan bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk membantu pengguna yang terjejas," kata Mavcom.

Mavcom membuat penilaian terhadap Rayani Air susulan penggantungan sementara AOC syarikat penerbangan itu oleh Jabatan Penerbangan Awam pada 11 April lalu.


Rayani Air, Mavcom

Artikel Lain