suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bank Islam Nafi Khabar Angin Pengarah Urusan Akan Diganti

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd menafikan khabar angin bahawa Pengarah Urusannya, Datuk Seri Zukri Samat akan diganti.

Pengerusinya Datuk Zamani Abdul Ghani berkata lembaga pengarah telah membuat keputusan untuk memperbaharui kontrak perkhidmatan Zukri dan pelantikan semula beliau telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

"Ini berikutan kepimpinan kukuh dan kejayaan Zukri dalam mengubah Bank Islam kepada bank Islam yang dihormati di Malaysia," katanya dalam kenyataan kepada Bernama, Rabu.

Zamani berharap kakitangan Bank Islam akan terus memberi sokongan penuh kepada Zukri.

"Marilah kita memberi tumpuan kepada usaha ke arah membina dan mengembangkan  Bank Islam," katanya.-- Bernama


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain