suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Maut Dipercayai Lelap Ketika Memandu

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya dipercayai dalam keadaan mengantuk, gagal dikawal lalu melanggar bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 100.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, kira-kira pukul 6.10 pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa berkata Yaakub Abas, 57, berasal dari Air Hitam, Jitra, cedera parah pada bahagian kepala serta dada, dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan yang masing-masing dipandu bersendirian, berada di lorong kiri laluan dari Alor Setar menghala Butterworth.

"Bagaimanapun mangsa dipercayai terlelap dan gagal mengawal kereta yang dipandunya lalu melanggar bahagian belakang lori," katanya.

Md Zukir berkata pemandu lori, V Muniandy, 35, tidak cedera.

Artikel Lain