suria

18 Menteri Muda Sarawak Angkat Sumpah

Dari kiri: Dr Abdul Rahman Junaidi, Dr Abdul Rahman Ismail dan Sharifah Hasidah Sayeed Ghazali mengangkat sumpah menerima jawatan masing-masing pada Khamis.

KUCHING: Lapan belas menteri muda dan timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Khamis mengangkat sumpah menerima jawatan masing-masing.

Majlis angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud di Dewan Lapau, Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini.

Menteri-menteri muda berkenaan ialah Datuk Francis Hardin Hollis, Datuk Lee Kim Shin, Datuk Mohd Naroden Majais, Datuk John Sikie Tayai, Datuk Talib Zulpilip, Datuk Julaihi Narawi, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Datuk Dr Jerip Susil, Liwan Lagang, Rosey Yunus, Datuk Len Talip Salleh; Datuk Roland Sagah Wee Inn, Dr Abdul Rahman Junaidi, Dr Rahman Ismail, Sharifah Hasidah Syeed Aman Ghazali, Dr Annuar Rapaee, Malcom Mussen Lamoh dan Datuk Dr Penguang Manggil.

Tujuh daripada mereka adalah muka baharu manakala dua orang iaitu Dayuk Abdul Wahab Aziz dan Datuk Mong Dagang yang masing-masing menang pada pilihan raya negeri 7 Mei lalu tidak dilantik semula.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Murum, Datuk Gerawat Jala pula dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN mengganti Roland yang dilantik menteri muda.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dijangka mengumumkan portfolio menteri-menteri muda yang dilantik pada persidangan akhbarnya petang Khamis. - BERNAMA

menteri muda, DUN Sarawak

Artikel Lain