suria

"Saya Tidak Boleh Berdebat" - Arul Kanda

KUALA LUMPUR: Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda Kandasamy berkata beliau tidak boleh terlibat dalam debat berhubung syarikat itu kerana beliau kini membantu siasatan polis mengenai syarikat itu.

Di samping itu, katanya beliau juga mahu menyelesaikan pertikaian antara IMDB dengan International Petroleum Investment Company (IPIC).

"Saya kini sedang memberi tumpuan sepenuhnya dalam membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menyelesaikan pertikaian IPIC itu.

"Oleh itu, saya tidak boleh terlibat dalam perdebatan yang mungkin prejudis terhadap kedudukan perundangan 1MDB berhubung siasatan dan pertikaian ini," katanya dalam kenyataan pada Rabu malam merujuk kepada cabaran debat yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen, Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Beliau berkata sejak Pua mengemukakan cabaran pada 14 April lepas dan diterimanya sebulan selepas itu, "terdapat dua perkembangan penting yang bermaksud ia tidak lagi mungkin untuk saya berdebat dengan Pua."

"PDRM telah menubuhkan satu pasukan petugas khas untuk menyiasat hasil siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB," katanya.

Arul Kanda Kandasamy, 1MDB, Tony Pua

Artikel Lain