suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Jangan Degil" - Kata DAP Kepada PAS

Nga Kor Ming
KUALA LUMPUR: PAS perlu rasional dan tidak berdegil untuk bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar bagi mengelakkan pertembungan pelbagai penjuru.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dalam satu kenyataan pada Selasa berkata Pakatan Harapan Perak telah membuat cadangan untuk bertanding di salah satu kerusi manakala PAS bertanding di satu lagi kerusi.

"Tawaran ini terbuka dan keputusan ini adalah sebulat suara dan ikhlas daripada Pakatan Harapan Perak.

"Jika PAS benar-benar serius untuk mengalahkan Umno, ia perlu mengambil kira tawaran ini dengan hati yang terbuka," katanya.

PAS perlu sedar bahawa jika persaingan tiga penjuru berlaku akibat daripada kegagalannya untuk berunding, ia akhirnya akan memberi manfaat kepada Umno.

"Jika demikian, PAS pasti akan dilihat sebagai sekutu Umno dengan agenda untuk menjatuhkan pakatan pembangkang.

"Pilihan raya adalah referendum terbaik untuk rakyat menentang skandal kerajaan dan oleh itu, PAS perlu rasional mengenainya," katanya.

Artikel Lain