suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Paul Low, Loga Bala Dilantik Semula Ahli Dewan Negara

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan dilantik semula sebagai senator untuk penggal kedua.

Kedua-dua mereka mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk S. A. Vigneswaran di sini, Isnin.

Vigneswaran dalam ucapannya mengingatkan anggota Dewan Negara itu supaya komited dalam menjalankan tanggungjawab dan menjadi pemimpin yang berwibawa dan dihormati, selain sentiasa mempertahankan dan melindungi kedaulatan negara.

Penggal Paul Low sebagai anggota Dewan Negara berakhir pada Sabtu lepas dan Dr Loga yang juga Naib Presiden myPPP, berakhir semalam.

Tempoh keanggotaan sebagai anggota Dewan Negara kedua-dua mereka untuk penggal kedua, akan berakhir Mei 2019.

Artikel Lain