suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan P. Pinang Diminta Ambil Tindakan Premis Bela Banyak Anjing

Gambar hiasan.

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri diminta mengambil tindakan terhadap sebuah premis yang memelihara anjing dalam kuantiti yang banyak di Jalan Datuk Haji Ahmad Badawi di Kepala Batas.

Shariful Azhar Othman (BN-Bertam) berkata pemeliharaan anjing dalam kuantiti yang besar di perkampungan yang mempunyai ramai orang beragama Islam telah menganggu kehidupan harian penduduk.

Beliau berkata pihaknya telah banyak kali membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) berhubung masalah itu, namun tiada tindakan diambil.

Saya cadangkan premis pemeliharaan anjing itu dipindahkan ke kawasan lain demi kepentingan penduduk Islam kawasan itu," katanya ketika sesi soal jawab  persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Negeri Chow Kon Yeow ketika menjawab soalan itu berkata MPSP telah menerima aduan dan tindakan sedang diambil pihak berkuasa.

Chow berkata MPSP telah menjalankan pemeriksaan dan mendapati premis dalam keadaan bersih tetapi air cucian najis disalur secara terus ke parit awam.

"Satu notis kacau ganggu telah dikeluarkan kepada pemilik premis supaya tidak menyalurkan air cucian secara terus ke parit awam dan satu kompaun telah  dikeluarkan atas kesalahan tidak mematuhi syarat notis untuk mengurangkan bilangan anjing," katanya.

Beliau berkata MPSP juga menjalankan tindakan penguatkuasaan termasuk pemantauan sebanyak enam kali dan meminta pemilik itu membina tembok dinding supaya ia dilindungi daripada penglihatan orang ramai di kawasan tersebut.

Kerajaan negeri akan mempertimbangkan cadangan premis itu dipindah ke kawasan lain, katanya.

Artikel Lain