suria

"Saya Dilayan Lebih Teruk Daripada Pembangkang" - Mukhriz

Mukhriz Mahathir.

KOTA KINABALU: Datuk Seri Mukhriz Mahathir kecewa dengan tindakan segelintir individu yang melayan beliau dengan lebih teruk daripada pembangkang dan sanggup melakukan apa sahaja untuk menghalangnya daripada bercakap di khalayak ramai dalam mana-mana majlis.

Bekas menteri besar Kedah itu berkata beliau sepatutnya menghadiri satu majlis di Semporna pada Ahad dan berucap mengenai isu yang dihadapi negara tetapi dimaklumkan pada saat akhir bahawa acara tersebut dibatalkan.

Beliau berkata penganjur memaklumkan bahawa mereka diugut jika meneruskan acara tersebut.

"Saya kecewa dengan keputusan itu dan tertanya-tanya sana ada menghalang saya daripada bercakap di khalayak umum walaupun secara tertutup akan membantu memperkukuhkan atau melemahkan parti," katanya.

"Saya difahamkan bahawa pemimpin pembangkang dari Pakatan Harapan dibenarkan untuk berucap tetapi tidak saya walaupun saya masih lagi seorang pemimpin Umno bahagian," kata Mukhriz dalam satu kenyataan di sini Ahad.

Beliau berkata tindakan itu tidak menggambarkan nilai demokrasi Umno dan pemimpin yang menyedari insiden yang menjejaskan imej parti dan negara tidak sepatutnya berdiam diri.



Mukhriz Mahathir, Umno

Artikel Lain