suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sultan Nazrin Rasmi Perak Agrotourism Resort Di Tanjung Tualang

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (tengah) berkenan menyedut madu kelulut segar pada Majlis Perasmian Perak Agrotourism Resort (Patro) di Tanjung Tualang, Sabtu. Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim (kanan).

KAMPAR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Perak Agrotourism Resort (Patro) di Tanjung Tualang, dekat sini, Sabtu.

Patro yang diusahakan Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) merupakan tarikan pelancongan baharu yang mampu menarik pelancong ke negeri ini bersandarkan kepada keunikannya yang dibangunkan dengan menggabungkan elemen pelancongan dan pertanian di kawasan seluas 271.1 hektar.

Patro juga mampu menjadi permata baharu pelancongan negeri ini menerusi kelengkapan chalet yang turut menggabungkan persekitaran semulajadi.

Terdapat pelbagai aktiviti riadah ditawarkan di Patro, antaranya aktiviti sukan lasak seperti ATV, berbasikal dan paintball serta aktiviti sukan air seperti bot kayuh dan kanu.

Dalam lawatan itu, baginda diiringi Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli.

Selepas majlis perasmian itu, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara berangkat meninjau tanaman kunyit, daun kesum, perusahaan madu kelulut, tanaman cili fertigasi dan tempat pemprosesan telur masin.-- Bernama

Patro, Sultan Nazrin, Kampar

Artikel Lain