suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pindah Milik Kenderaan Secara Online Bermula 1 Jun - Liow

Liow Tiong Lai.

BENTONG: Proses pemindahan hak milik kenderaan kini tidak lagi perlu dilakukan di mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan boleh dilakukan secara dalam talian, kata Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Bermula 1 Jun, pemilik kini boleh memperbaharui Sijil Hak Milik Kenderaan (VOC) mereka secara dalam talian," kata Menteri Pengangkutan itu kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jom JPJ di Bentong, Sabtu lalu.

Langkah itu, katanya dilaksanakan untuk mengurangkan tempoh menunggu dan beratur panjang di kaunter JPJ.

Pemilik baharu juga boleh melakukan pendaftaran sijil VOC mereka di galeri jualan kereta.

"Penjual sama ada kereta baharu atau kereta terpakai boleh memindah hak milik dengan hanya mengesahkan pemilik melalui sistem biometrik," katanya.

Liow berkata Kementerian Pengangkutan akan meneruskan misi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, bermula dengan mengurangkan masa menunggu di kaunter.

Katanya, JPJ juga sedang mengkaji cara lebih mudah bagi pemandu untuk memperbaharui lesen memandu mereka.



JPJ, Liow Tiong Lai

Artikel Lain