suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Bayi Perempuan Ditinggalkan Di Gerai Pisang Goreng

TANAH MERAH: Mayat seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemukan di sebuah gerai pisang goreng di Kampung Belimbing di sini, Sabtu.

Pemilik gerai tersebut, Anisah Awang Senik, 46, menemui mayat bayi yang masih bertali pusat itu yang dibalut dengan sehelai tuala diletakkan di atas meja di gerai berkenaan.

Ketika itu beliau baru tiba untuk memulakan perniagaan pada 10.00 pagi. 

Anisah berkata mayat berkenaan yang dipenuhi semut di bahagian kaki dan badan kemudian diserahkan kepada polis. 

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Suzaimi Mohamad ketika dihubungi berkata mayat tersebut dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat. -- Bernama

Artikel Lain