suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelawaan PAS Sertai Pakatan Harapan Datang Daripada Azmin - Wan Azizah

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail
PETALING JAYA: Pelawaan untuk PAS menyertai Pakatan Harapan datang daripada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan tidak mewakili gabungan parti pembangkang itu, kata Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

"Ia bukan pelawaan daripada kami, ia adalah daripada menteri besar (Azmin)," kata ketua pembangkang di ibu pejabat PKR di sini.

Apabila ditanya mengenai PAS yang meminta PKR untuk menyertai blok pembangkang ketiga bersama-sama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Wan Azizah berkata ia hanyalah tindak balas kepada jemputan Azmin semata-mata.

"Biar saya jelaskan bahawa ia bukan satu langkah perdamaian, ia hanya reaksi kepada jemputan oleh menteri besar," kata Wan Azizah, yang juga Presiden PKR.

Pada Isnin, Azmin menggesa parti-parti pembangkang untuk sama-sama 'bermuhasabah' sekali lagi untuk berjuang dalam pilihan raya umum akan datang sebagai satu pakatan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohammad Amar Abdullah kemudian berkata bahawa PKR perlu menyertai 'kuasa ketiga' mereka bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Artikel Lain