suria

Pembantu Nafi Khabar Angin Adenan Jatuh Sakit

Tan Sri Adenan Satem tiba di Wisma Bapa Malaysia di Kuching, Isnin. Beliau disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Morshidi Abdul Ghani dan beberapa setiausaha.
KUCHING: Pejabat ketua menteri menolak spekulasi bahawa Tan Sri Adenan Satem telah jatuh sakit selepas pilihan raya kecil (PRN) Sarawak berlangsung.

Sebuah akhbar Cina pada Isnin memetik seorang ahli politik tempatan sebagai berkata bahawa beliau akan melawat Adenan, 72, untuk memeriksa keadaanya, bukan untuk membincangkan hal-hal politik.

Kenyaatan itu telah membawa kepada spekulasi.

Bagaimanapun, pada pukul 1 tengahari, setiausaha akhbar Adenan Ambrose Cheng mengeluarkan kenyataan menafikan khabar angin itu.

Foto yang dikeluarkan juga menunjukkan Adenan tiba di Wisma Bapa Malaysia di sini untuk memulakan tugasnya seperti biasa.

"Gambar di sini menunjukkan ketua menteri turun dari keretanya dan disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Morshidi Abdul Ghani dan yang lain-lain pula menunggu ketibaan beliau. Kemudian, majlis kesyukuran ringkas telah diadakan di pejabat ketua menteri," menurut kenyataan itu.

Adenan tiba di Wisma Bapa Malaysia yang merupakan pusat pentadbiran dan eksekutif negeri pada pukul 9.30 pagi Isnin 'hari pertama di pejabatnya' selepas mengangkat sumpah sebagai ketua menteri sekitar tengah malam Sabtu.


Adenan telah melalui jadual yang sangat padat sejak lebih sebulan lalu, menjelajah ke seluruh negeri bersaiz hampir sama dengan semenanjung Malaysia menaiki helikopter dan kereta sehinggalah hari penamaan calon.

Pada penghujung tempoh berkempen, ketua menteri jatuh sakit.

Beliau membatalkan perjumpaan awam pada pagi dan tangahari Khamis, tetapi mengadakan sidang akhbar pada waktu petang.

Beliau memberitahu pemberita bahawa beliau dijangkiti selesema, tetapi bergurau selepas makan beberapa biji pil, beliau berasa lebih kacak.

Tetapi pada malam Jumaat, iaitu malam sebelum pengundian, beliau sekali lagi membatalkan perjumpaan awam di perhimpunan politik Senator SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian.

Dalam video yang dirakam, Adenan berkata doktor menasihatkannya supaya mendapatkan rehat yang lebih.

Artikel Berikut

Artikel Lain