suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Emas Maut Terjun Dari Tingkat 11

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas maut selepas terjun dari tingkat 11 sebuah pangsapuri di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supritendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata,  wanita berusia 77 tahun itu ditemui mati di pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak pada pukul 7.30 pagi.

Difahamkan, mangsa bukan penduduk tetap di PPR Sri Semarak sebaliknya tinggal bersendirian di PPR Seri Rejang.

Mangsa juga dilapor meninggalkan sekeping nota di dalam beg tangan miliknya.

"Mangsa dikesan menghidap penyakit Asma dan tinggal bersendirian.

"Si Mati didakwa terjun dari  tingkat 11 Blok C PPR Sri Semarak PPR.

"Anak perempuannya berusia 49 tahun  yang merupakan seorang guru tinggal di sebuah pangsapuri Sentul," katanya.

Mohamad Roy memberitahu, polis menemui kerusi dan selipar milik mangsa di tingkat tujuh bangunan berkenaan.

Manyat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Artikel Berikut

Artikel Lain