suria

Bomba Bantu Bawa Lelaki Lebih 100Kg Ke Hospital Kajang

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor hari ini membantu membawa turun seorang lelaki yang beratnya dianggarkan lebih 100 kilogram dari tingkat atas rumah teres dua tingkat di Taman Seri Cheras, Cheras di sini, Isnin.

Lelaki, Zaharin Shah Sharif, 31, perlu segera dibawa ke Hospital Kajang dekat sini selepas mengalami masalah tekanan darah tidak stabil dan kesukaran bernafas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang Faizad Amirul Abdul Razak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.42 pagi tadi dari pihak ambulans Hospital Kajang yang berdepan kesukaran membawa turun lelaki itu.

"Bomba menggunakan stretcher (usung) untuk membawa turun mangsa dan dimasukkan ke ambulans untuk dibawa ke hospital bagi rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi, Isnin.

Menurutnya lapan anggota bomba dan lima anggota keluarga dan jiran pesakit membantu usaha itu, yang mengambil masa kira-kira 15 minit.

Bomba, Kajang

Artikel Lain