suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Maut Dilanggar Kereta Api

- Gambar hiasan
KOTA BAHARU: Seorang lelaki maut selepas digilis dan diseret kereta api penumpang sejauh kira-kira 100 meter di Kampung Belukar Panjang Temangan, Machang, Khamis.

Ketua Polis Daerah Machang DSP Dzulkifli Abd Ghani berkata dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, mayat mangsa, Mohd Fadli Mahussain, 29, ditemukan berkecai di landasan berkenaan.

"Hasil siasatan awal mendapati pemandu kereta api terbabit yang dalam perjalanan dari Tumpat ke Dabong, Kuala Krai memberitahu terlanggar mangsa yang dipercayai sedang tidur di atas landasan," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.


Dzulkifli berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat dan kes itu masih dalam siasatan.

Artikel Berikut

Artikel Lain