suria

Facebook Buka Pejabat Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Gergasi media sosial, Facebook telah membuka pejabat tempatannya di KL Sentral.

Pasukan tempatan akan ditubuhkan bagi menghubungkannya dengan lebih banyak agensi dan perniagaan.


"Pelancaran pejabat pada hari ini menandakan satu peristiwa penting bagi Facebook di Malaysia dan kami komited untuk membantu rakyat Malaysia dan perhubungan perniagaan dengan cara yang lebih bermakna," kata Pengarah Urusan Facebook Asia Tenggara Kenneth Bishop.

"Pasukan tempatan kita di Malaysia akan memberi tumpuan kepada membantu perniagaan dalam memanfaatkan peluang keemasan ini untuk menghubungkannya dengan pengguna mudah alih pertama hari ini."

Rakyat Malaysia juga dua kali lebih cenderung menggemari halaman ini berbanding purata global.

Pada masa ini terdapat lebih daripada 18 juta rakyat Malaysia di platform media sosial, dan 6.5 juta orang di Instagram, yang juga dimiliki syarikat itu.

Malaysia juga berada pada kedudukan ke-10 di peringkat global dari segi bilangan rakan, di mana ia adalah 60 peratus lebih dari purata global.

Pejabat tempatan ini akan diketuai oleh Nicole Tan, yang sebelum ini adalah Pengarah Urusan J. Walter Thompson Malaysia, sebuah syarikat pengiklanan.

Artikel Lain