suria

Elaun Tambahan Sehingga RM2,000 Untuk Pakar Perubatan

KUCHING: Pemberian elaun tambahan bulanan sehingga RM2,000 kepada pakar perubatan yang berkhidmat di hospital kerajaan di Sabah dan Sarawak dijangka dilaksanakan sebelum Ogos ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata cadangan itu kini sedang menunggu kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan dijangka pemberian insentif itu dapat dilaksanakan dalam tempoh dua hingga tiga bulan lagi.

"Pemberian insentif ini diharap dapat mengekalkan khidmat pakar di kedua-dua negeri ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke Klinik Kesihatan Batu Kawa di sini, Rabu.

Katanya elaun tambahan antara RM1,000 dan RM2,000 bergantung kepada kawasan tugasan dengan mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar diberi elaun yang lebih tinggi.

Mengenai masalah kekurangan pakar di hospital kerajaan di Sabah dan Sarawak, Dr Subramaniam berkata keadaan itu turut berlaku di Semenanjung dan kementerian sedang melaksanakan pelbagai pendekatan bagi mengatasinya. - BERNAMA

Artikel Lain