Kontraktor Diarah Tutup Korekan Terbuka - Semasa | mStar

Kontraktor Diarah Tutup Korekan Terbuka

Sebuah kereta terjunam ke dalam lubang projek pembetungan sedalam 12 meter di Seksyen 17 Damansara, Petaling Jaya pada Selasa. - foto THE STAR

KUALA LUMPUR: Kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja penyelenggaraan Indah Water di Jalan Universiti Petaling Jaya, menyebabkan sebuah kereta terhumban pada Selasa telah diarah menutup korekan terbuka dengan penutup konkrit.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam kenyataan medianya memaklumkan kerja awalan tersebut telah disiapkan pada hari sama (Selasa).

"Untuk kawalan keselamatan jangka masa panjang, setiap korekan terbuka akan ditambah satu lapisan benteng konkrit setinggi satu meter dari aras permukaan jalan mengelilingi korekan terbuka.

"Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang objek daripada jatuh ke dalam korekan terbuka. Dalam masa sama, langkah-langkah keselamatan sedia ada akan diperkemas," menurut kenyataan itu.

Dalam kejadiaan 1.30 tengah hari Selasa, seorang warga emas dikenali sebagai Yong, 86, dan pembantunya, Marivl Palquing Estoea, 30, terselamat selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam lubang projek pembetungan sedalam 12 meter di Seksyen 17 Damansara, dekat sini.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk mendapatkan rawatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain