suria

Ular Sawa Batik Masuk Sekolah

Ular sawa batik. Gambar hiasan.

KOTA BAHARU: Seekor ular sawa batik sepanjang lebih lima meter ditemui di kawasan Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan, Tumpat pagi Rabu.

Guru Besar Mohd Hasmy Hashim berkata ular berkenaan ditemui di dalam longkang oleh pengawal keselamatan kira-kira 6.30 pagi.

"Nasib baik kerana kebanyakan murid masih belum tiba di sekolah. Pihak sekolah terus menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk menangkap reptilia berkenaan," katanya kepada Bernama.

Sementara itu Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Ahmad Yani Muhammad berkata pihaknya menyarankan agar sekolah mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan mereka.

Beliau berkata pihak keselamatan sekolah juga perlu membuat rondaan di awal pagi bagi mengesan jika ular memasuki kawasan sekolah.

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Tanah Merah pula dilapor menerima88 kes berhubung penemuan ular oleh penduduk sejak Februari lepas.

Pengawai

Operasinya Mohd Fadli Hassan berkata pada Febuari, pihaknya menerima 28 panggilan, 33 panggilan pada Mac dan 27 panggilan dalam bulan ini sehingga Selasa.

"Kes terbaharu ialah semalam di mana pihak kami menangkap seekor tedung selar sepanjang tujuh meter di sebuah rumah di Kampung Lubuk Agol, Chawas," katanya. -Bernama

Ular sawa batik, masuk sekolah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain