suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Elak Politik Kebencian - Nancy

Nancy Shukri.

KUCHING: Politik kebencian perlu dielak dalam kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) kerana ia akan menjejaskan keharmonian dalam kalangan penduduk pelbagai bangsa dan kaum di negeri ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata modal politik seperti itu akan memberi kesan negatif kepada kemajuan rakyat dan pembangunan negeri ini.

Justeru, beliau berharap parti politik yang bertanding pada PRN-11 tidak bersifat provokatif, mengamalkan budaya membunuh karaktor atau mencetuskan pergaduhan semata-mata mahu menghangatkan suasana berkempen.

"Tumpuan politik di Sarawak sekarang ialah politik pembangunan dan kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat," katanya.

Walaupun wujud fahaman politik berbeza, katanya, penyokong parti politik di sini tidak berbalah sesama mereka dan mempunyai misi dan wawasan yang sama untuk melihat Sarawak lebih maju.

"Sarawak masih jauh ketinggalan daripada segi kemudahan infrastruktur dan banyak sudah dan perlu dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk negeri ini," kata Anggota Parlimen Batang Sadong itu.

PRN-11 akan diadakan pada 7 Mei ini. - BERNAMA

Nancy Shukri, PRN Sarawak

Artikel Lain