Pelabuhan Klang, Miri Catat IPU Tidak Sihat Setakat 11 Pagi - Semasa | mStar

Pelabuhan Klang, Miri Catat IPU Tidak Sihat Setakat 11 Pagi

KUALA LUMPUR: Pelabuhan Klang, Selangor dan Miri, Sarawak mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 11 pagi Jumaat dengan bacaan 105 dan 146 masing-masing.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 22 kawasan mencatatkan bacaan IPU baik, manakala 28 lagi IPU sederhana.

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Antara kawasan yang mencatatkan bacaan IPU sederhana ialah Shah Alam (83); Nilai (80); Batu Muda (79); Banting (76); Petaling Jaya (74); Cheras (73); dan Kemaman (71).

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu kenyataan malam Khamis berkata jerebu yang melanda Lembah Klang ketika ini berpunca daripada asap kebakaran yang berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung termasuk kebakaran hutan tanah gambut di Kuala Langat dan Sepang.

Katanya keadaan itu diburukkan lagi dengan cuaca panas dan kering sekali gus menyebabkan pencemar udara terapung di udara.

Bagaimanapun beliau berkata tiada pengaruh jerebu merentas sempadan direkodkan kerana negara masih berada dalam musim peralihan monsun yang dijangkakan sehingga pertengahan Mei ini.

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kerajaan Hormat Keputusan Mueller - Liow

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain