suria

Culik: Anifah Nyatakan Kebimbangan Malaysia Kepada Filipina

Empat rakyat Malaysia yang diculik, dipercayai oleh kumpulan Abu Sayyaf.
PETALING JAYA: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman telah bertemu rakan sejawatnya dari Filipina, Jose Rene Almendras untuk menyatakan kebimbangan serius Malaysia mengenai penculikan empat rakyat Malaysia baru-baru ini.
 
Dalam pertemuan yang berlangsung di Manila pada Khamis, Anifah menyatakan kepentingan mengekalkan hubungan dua hala yang baik antara kedua-dua negara.

Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan Malaysia memandang serius isu penculikan terutamanya yang melibatkan empat warganegara Malaysia iaitu Wong Teck Kang, 31, Wong Hung Sing, 34, Wong Teck Chii, 29 dan Johnny Lau Jung Hien, 21 pada 1 April 2016.

Beliau juga menegaskan kepentingan untuk meningkatkan kerjasama dalam perkongsian maklumat perisikan dan rondaan.

Sementara itu Jose Rene memberi jaminan bahawa kerajaan Filipina sedang mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk membebaskan empat warganengara Malaysia berkenaan.

Di samping itu, kedua-dua menteri turut bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau termasuk isu Laut China Selatan.

Artikel Lain