suria

Restoran Miliki Barangan Kawalan Tanpa Lesen Didenda RM60,000

KUALA LUMPUR: Sebuah restoran terkenal didenda RM60,000.00 oleh Mahkamah Seksyen Jenayah 12, Jalan Duta kerana kesalahan memiliki barang kawalan iaitu gula, tepung gandum dan minyak masak tanpa lesen yang sah.

Hakim, Zulqarnain Hassan mengenakan denda itu terhadap Syarikat Insaf Sdn. Bhd.

Menurut Pengarah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kuala Lumpur, Ummi Nasrah Othman, syarikat tersebut didakwa di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana memiliki gula sebanyak 250 kg, tepung gandum sebanyak 25 kg dan minyak masak sebanyak 221 kg, tanpa kebenaran.

Kesalahan berkenaan dilakukan pada 2 September tahun lalu, ujar beliau.

Kesalahan di bawah Seksyen 22 (2) Akta Kawalan Bekalan 1961 membawa hukuman denda sehingga RM2,000,000.00.

Tertuduh telah membayar denda yang dikenakan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain