suria

Kedutaaan Serah Memorandum Gesa Indonesia Bebas Nelayan Malaysia - Duta Malaysia

Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim
JAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia telah menyerahkan memorandum bagi menggesa agar kerajaan Indonesia membebaskan segera bot nelayan Malaysia dan anak kapalnya yang ditahan pihak berkuasa Indonesia pada bulan lepas.

Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, memorandum itu diserahkan kepada Kementerian Luar Indonesia minggu lepas dan diterima oleh seorang pegawai kanannya.

Pihak kedutaan sedang berusaha untuk mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pihak berkuasa kerajaan Indonesia bagi menyelesaikan perkara itu, katanya kepada Bernama di sini.

Baru-baru ini beberapa bot nelayan Malaysia termasuk SLFA 4625, PKFB 1512 dan KHF 1917 yang dipercayai berada dalam kawasan peraiaran Malaysia ditahan pihak berkuasa Indonesia.

Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata pihak kementerian telah memulakan usaha bersepadu dan berterusan bagi mendapatkan pembebasan bot nelayan Malaysia dan anak kapalnya yang ditahan pihak berkuasa Indonesia.

"Duta Besar Malaysia di Jakarta diarah membincangkan perkara itu secara peribadi dengan agensi berkenaan di Indonesia termasuk Kementerian Hal Ehwal Luar Indonesia, Kementerian Hal Ehwal Maritim dan Perikanan Republik Indonesia," kata kenyataan itu.

Artikel Lain