suria

Maxis Umum Ciri 'DataPool', Naik Taraf Kuota

Morten Lundal
PETALING JAYA: Maxis mengumumkan ciri 'DataPool' baharunya untuk pelanggan MaxisONE dan menaikkan kuota data untuk lebih dari satu juta pelanggan.

Pada Jumaat, syarikat itu mengumumkan bahawa pelanggan MaxisONE akan dapat menggunakan ciri DataPool baharu itu untuk berkongsi data dengan keluarga atau peranti lain.

Syarikat itu menambah bahawa pelanggan juga dibenarkan menggunakan perkongsian DataPool mereka apabila berada di luar negara.

Melalui ciri ini, pengguna akan dapat mengambil kuota data tempatan mereka di luar negara dan menerima panggilan antarabangsa tanpa had semasa melakukan 'roaming'.

Mereka yang ingin menambah lebih banyak data untuk ciri ini juga boleh menambah talian tambahan dengan hanya RM48 untuk setiap 5GB.

Selain itu, pelanggan juga akan menerima 5GB tambahan untuk 'video streaming' jika mereka memilih video di iFlix, ErosNow, Viu dan Hopser.

Maxis juga berkata kuota data untuk lebih satu juta pelanggannya telah dinaik taraf secara kekal dan percuma.

Pelanggan MaxisONE dengan pelan 1GB akan menerima data 5GB, mereka yang mempunyai pelan 3GB telah dinaik taraf kepada 10GB, pelanggan dengan kuota 5GB akan menerima 15GB dan mereka yang mempunyai data 7GB telah dinaik taraf kepada 20GB.

Pelanggan boleh menggunakan MyMaxis app untuk memeriksa data yang dinaik taraf.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Morten Lundal di Menara Maxis pagi Jumaat.

Lundal berkata naik taraf kuota percuma tidak akan menjejaskan kualiti rangkaian kerana syarikat itu telah melabur begitu banyak untuk memodenkannya.

Awal bulan ini, Maxis mengumumkan akan menaik taraf semua pelan MaxisONE pelanggan sedia ada kepada kuota data yang lebih tinggi pada harga yang sama.
kuota data, MaxisOne, Morten Lundal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain