suria

Dua Sahabat Ditahan Selepas Ambil Stok Dadah Di KL

- Gambar fail
REMBAU: Dua sahabat yang dipercayai baharu mengambil stok dadah di Kuala Lumpur untuk diedarkan di Jempol dan Kuala Pilah, ditahan pada Khamis dalam sekatan jalan raya di Km14 Jalan Seremban-Tampin, di sini.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Ibrahim Sharif berkata hasil pemeriksaan dalam kereta yang dipandu lelaki berusia 33 tahun itu dan rakannya berumur 45 tahun, menemukan tiga bungkus plastik mengandungi serbuk berwarna putih disyaki dadah heroin.

"Dadah itu disimpan bersebelahan tayar ganti di dalam but. Pemeriksaan juga menemukan alat penimbang digital yang diletakkan di dalam dashboard ...
dadah itu kira-kira 1.4kg bernilai RM30,000.

"Lelaki yang memandu kereta kakaknya itu bekerja sebagai juruelektrik di Kuala Pilah manakala rakannya hanya melakukan kerja-kerja kampung dan kedua-dua mereka berasal dari Kuala Pilah," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Ibrahim berkata dua sahabat ini dipercayai giat menjalankan aktiviti mereka sejak November tahun lepas dan stok dadah itu dipercayai untuk diedarkan di daerah Kuala Pilah dan Jempol.

"Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua mereka positif dadah.Suspek berusia 33 tahun mempunyai sembilan rekod jenayah lampau bersabit dadah dan samun manakala rakannya mempunyai dua rekod jenayah lampau bersabit dadah, " katanya.

Ibrahim berkata kedua-duanya ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mengedar dadah yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

stok dadah, heroin

Artikel Lain