suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Murid Dipatuk Ular Kini Stabil

REMBAU: Murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Chembong di sini yang dipatuk ular ketika mengikuti pendidikan jasmani di padang sekolah semalam kini berada dalam keadaan stabil.

Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Rusni Ab Jalil berkata murid itu masih menjalani pemantauan rapi di Hospital Tuanku Jaafar.

Beliau berkata ibu murid perempuan tersebut memaklumkan keadaan anaknya  pulih seperti sedia kala, aktif serta boleh makan dan minum.

Sementara itu katanya keadaan padang sekolah tersebut didapati bersih, tidak bersemak dan tidak dipenuhi lalang.

Rusni memberitahu pemberita pihaknya telah menyebarkan maklumat berkaitan penjagaan keselamatan murid kepada guru besar dan pengetua sekolah susulan kejadian tersebut.

Beliau meminta pihak sekolah agar memberi kaunseling kepada murid berkenaan apabila dia bersekolah semula.

Rembat, Dipatuk Ular

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain